TARIAN ULEK MAYANG
Tarian Ulek Mayang
adalah sebuah tarian asli masyarakat Terengganu. Dalam bentuk asalnya adalah
sebuah tarian memuja semangat. Penarinya akan menggunakan mayang pinang dan
mengoncangkannya semasa menari sehinggalah ia merasakan mayang pinang tersebut
bergoncang dengan sendirinya dilepaskan kepada penari yang lainnya.
Tarian ini kebiasaannya adlah untuk memuja
semangat laut. Namun pada hari ini, kepercayaan atas semangat telah tiada lagi
atas pengaruh Islam dan tarian ini cuma tinggal sebagai bentuk hiburan sahaja.
PERMAINAN WAU
WAYANG KULIT
Antara acara theater tempatan yang banyak dikenali di
Malaysia ialah wayang kulit. Sebelum kemunculan peti televisyen, wayang kulit
merupakan aktiviti kegemaran umum pada waktu malam hari. Tok Dalang merupakan
orang penting dalam memainkan permainan wayang kulit dengan boneka-boneka
dengan gaya pergerakan yang menarik dibelakang tabir putih bercahayakan sinaran
lampu pelita.
Sementara bayangan daripada boneka-boneka tersebut terbayang pada skrin tersebut, Tok Dalang tanpa henti-henti melakunkan watak-watak berkenaan sambil pada masa-masa tertentu menyanyikan perbagai lagu untuk mencerminkan watak-watak dalam rangkaian cerita yang selalunya mengambil masa berjam-jam lamanya untuk berakhir.
Cerita wayang kulit di ilhamkan daripada epik Hindu iaitu Hikayat Seri Rama (Ramayana) yang mengisahkan perbagai cerita tentang manusia ajaib. Terdapat juga watak-watak melayu dan jawa dalam cerita berkisarkan kebaikan menentang kejahatan dalam plot cerita klasik. Watak-watak perwira, binatang, gergasi, halimunan, raja dan pendeta yang sering berlawan antara satu dengan yang lainnya sehingga ke penghabisan cerita menjadikan wayang kulit sebagai suatu epik yang memberangsangkan.

No comments:
Post a Comment